Penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas meraih tempat keempat diEurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada malam Sabtu.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, menerima kutipan keseluruhan 152 markah menerusi persembahan lagu Bluest Sky.
AdvertisementWalaupun tidak menjuarai pertandingan tersebut, Aina mengakui sudah memberikan persembahan terbaik bersama pasukannya sepanjang menyertai pertandingan berprestij itu.

Aina Abdul di Eurovision Asia 2026
Menerusi perkongsian akaun TV3, Aina berkata dia menyedari ramai peminat meletakkan harapan tinggi untuk melihatnya muncul sebagai juara.
Saya minta maaf sekiranya mengecewakan anda semua. Saya yakin kami sudah melakukan yang terbaik dan saya juga sudah memberikan segala-galanya.
Namun, tambah Aina ini antara perjalanan terbaik dalam kerjayanya. Aina turut dilihat sebak sehingga terdiam seketika ketika berkongsi perasaannya selepas pertandingan berakhir.
Pengalaman ini tidak pernah ada dalam buku atau mana-mana panduan. Saya perlu melaluinya sendiri.
Aina Abdul minta maaf
Aina juga berkata bahawa air mata yang mengalir itu bukanlah tanda kekalahan, sebaliknya luahan emosi selepas melalui perjalanan yang penuh cabaran.
Walaupun saya mengalirkan air mata, bukan bermakna saya kalah dengan diri sendiri. Itu cuma emosi selepas segala-galanya selesai.
PMX ucap tahniah pada Aina Abdul
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mengucapkan tahniah kepada Aina Abdul atas pencapaiannya di Eurovision Asia 2026.
Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Terus terbang tinggi Aina.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Keputusan Penuh AJL40: K.O.I Dinobat Juara, Bawa Pulang RM100,000
The post “Minta Maaf Jika Mengecewakan Anda Semua” – Aina Abdul Akui Sudah Lakukan Yang Terbaik Di Eurovision Asia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





