Siti Nurhaliza Luah Rasa Bangga Dengan Aina Abdul - “Kamu Sudah Berikan Yang Luar Biasa…”

15 Nov 2026 • 11:28 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Siti Nurhaliza Luah Rasa Bangga Dengan Aina Abdul - “Kamu Sudah Berikan Yang Luar Biasa…”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan pencapaian penyanyi, Aina Abdul yang meraih tempat keempat di saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, malam tadi.Menerusi hantaran di Threads, Siti Nurhaliza memaklumkan Aina sudah memberikan yang terbaik ketika mewakili Malaysia menerusi persembahan luar biasa menerusi lagu ciptaannya yang berjudul Bluest Sky.“Kami bangga denganmu Aina Abdul.“Aina sudah pun berikan yang luar biasa. Pengalaman yang sangat berharga buat Aina,” kongsi Siti.Dalam pertandingan yang menghimpunkan wakil dari 11 negara Asia itu, Aina mempertaruhkan lagu balada berjudul Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama-sama Mac Chew yang berjaya mengumpul 152 markah keseluruhan.Wakil Filipina, Carmelle muncul juara edisi sulung pertandingan berkenaan menerusi lagu Sobra-Sobra selepas mengumpul 211 mata keseluruhan.Negara lain yang turut mengambil bahagian ialah Thailand, Vietnam, Nepal, Korea Selatan, Mongolia, Bangladesh, Kemboja, Laos dan Bhutan.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved