
Baru-baru ini, pelakon Han Hyo-joo telah dikecam penonton kerana tingkah lakunya di rancangan “Unexpected Business 3”.
Dalam program itu, Han Hyo-joo telah dipilih sebagai pekerja sambilan pertama yang akan membantu Cha Tae-hyun, Jo In-sung, Lim Ju-hwa, Yoon Kyung-ho dan Park Byung-eun untuk mengusahkan sebuah restoran di California.
Khususnya, pengurus restoran iaitu Cha Tae-hyun memberitahu Han Hyo-joo bahawa dia perlu datang pada jam 8:30 pagi namun keesokan harinya, wanita itu masih tidak kelihatan walaupun sudah jam 8:30 pagi.
Selepas beberapa pelanggan datang dan pergi, Han Hyo-joo akhirnya tiba dan dengan sambil lewa berkata kepada orang yang sedang bekerja,
Selamat pagi! Oh, kamu sedang sibuk membuat kimbap sekarang.
Bukan itu sahaja, apabila Yoon Kyung-ho memberitahu bahawa mereka sudah lama menunggunya, pelakon itu menjawab,
Saya? Kenapa?
Kemudian pada hari kedua dan ketiga, Han Hyo-joo tetap datang lewat tanpa berasa bersalah.
Dengan ini, orang ramai mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk sekurang-kurangnya dia meminta maaf kepada ahli lain kerana terlambat.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Minta Maaf La..” – Han Hyojoo Dikecam Ramai Dek Kelakuan Buruk Dalam ‘Unexpected Business 3’ first appeared on KimchiDaily.my.

