“Seronok Lah Tu..” – Song Jihyo Dikecam Muat Naik Foto ‘Running Man’ Tanpa Jeon Somin

Music
9 Nov 2023 • 4:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang..

Baru-baru ini, Song Ji-hyo telah memuat naik foto bersama kesemua ahli “Running Man” semasa mereka menghabiskan penggambaran di Singapura untuk satu episod istimewa.

Bagi yang tidak mengetahui, rakaman itu menandakan episod pertama mereka tanpa kehadiran Jeon So-min selepas pelakon wanita tersebut memilih untuk meninggalkan rancangan tersebut bagi mengecas tenaganya.

Pun begitu, entri itu menerima kritikan segelintir peminat apabila ada yang menyelar Song Ji-hyo kerana memuat naik gambar semua ahli “Running Man” hanya apabila Jeon So-min sudah tiada bersama.

image is not available

Dalam pada itu, ada yang melindungi pelakon wanita tersebut dan meluahkan rasa pelik mengapa terdapat peminat yang dengan sengaja menimbulkan provokasi di entri itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved