“Minta Maaf Makcik”- Ini Respon Imran Bard Selepas Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapanya Mohon Maaf

Entertainment
21 Feb 2025 • 10:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semalam (20 Februari) pelakon senior, Ellie Suriaty telah meminta ibu bapa kepada influencer, Imran Bard untuk tampil memohon maaf kepadanya.

Pelakon berkenaan mengeluarkan kenyataan itu selepas mendakwa namanya tercemar akibat dituduh mengambil barangan terlarang dalam satu video yang dihasilkan oleh Imran. Ini sekaligus, merendahkan kredibilitinya sebagai anak seni.

“Saya mahu ibu bapanya datang minta maaf,” jelas pelakon wanita itu.

Malah Ellie turut memberikan tempoh masa selama seminggu kepada influencer termasuk ibu bapanya untuk membuat permohonan maaf sebelum melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pelakon itu turut menyifatkan Imran biadap susulan daripada video parodi yang dilakukannya dan memaklumkan sudah membuat satu laporan polis Hulu Kelang pada Ahad (17 Februari) lalu.

Imran mohon maaf, jelaskan tiada niat

Susulan daripada kenyataan dikeluarkan oleh pelakon berkenaan, Imran bard menerusi satu video tampil memaklumkan dia tiada niat untuk melakukan perkara demikian terhadap Ellie Suriati.

Malah dia menjelaskan dalam konten itu dia hanya membawakan watak seorang juri bahkah turut menyebut banyak nama selebriti selain Ellie.

“Hi guys sekarang saya dekat kampung saya di Kluang, Johor. Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty ynak mak bapak Imran Bard minta maaf, saya tak tahu pula isu ni jadi besar.

“Kepada makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik je, saya sebut nama makcik (selebriti) lain juga Datuk Fauziah Nawi, semua artis-artis senior yang saya adore (inspirasikan). Saya masuk jelah dalam konten.

“Bukan konten sensitif pun, konten konon-konon jadi juri je,” katanya.

Imran turut memaklumkan ibu kini sedang tidak sihat dan sedang menerima rawatan. Oleh itu, ia sukar untuk ibunya tampil membuat permohonan maaf ekoran keadaan tersebut.

“Jadi saya nak kena buat apa ya? Minta maaf makcik,” jelasnya lagi.

Hormat Ellie Suriaty dan sifatkan selebriti itu sebagai legenda

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Imran turut memaklumkan dia menghormati pelakon senior itu dan menyifatkan Ellie sebagai legenda.

“Guys jangan salah faham, saya masih hormati makcik Ellie sebagai orang tua dan artis senior. Nak tak nak dia masih legenda. Saya masih hormati dia.”

Sebelum ini, Imran ada memuat naik beberapa video konten kononnya menjadi juri yang sedang menilai nyanyian peserta di sebuah program.

Video itu bagaimanapun mendapat respon kurang menyenangkan oleh Ellie Suriaty kerana merasakan dirinya diaibkan.

Source: