'Minta ruang memulakan berumah tangga.' Sejak 2014 tanpa henti, Syed Saddiq kini mahu fokus keluarga

PoliticsFamily & Parenting
20 Jul 2026 • 9:58 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Minta ruang memulakan berumah tangga.' Sejak 2014 tanpa henti, Syed Saddiq kini mahu fokus keluarga

SELEPAS 12 tahun tanpa henti memberi fokus sepenuhnya kepada tugas dan berhadapan pertuduhan kes mahkamah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan akan mendirikan rumah tangga.

Selain menjalankan tugas untuk kawasannya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan beliau kini memerlukan sedikit ruang kepada keluarga.

Dalam temu ramah bersama media selepas Larian Kesyukuran Muar pada Ahad, fokusnya kini adalah meneruskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di samping membina kehidupan peribadi.

"Selagi Parlimen tidak dibubarkan nak melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen. Selagi Parlimen tidak dibubarkan, akan saya laksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin.

Image from: 'Minta ruang memulakan berumah tangga.' Sejak 2014 tanpa henti, Syed Saddiq kini mahu fokus keluarga
Foto: Bernama

"MUDA pun hari ini dipimpin oleh YB Amira Aisyah yang telah dipilih. Ini bukan soal parti milik Syed Saddiq. Dia ada proses pemilihan yang perlu dilalui. So, nak mengambil alih tak boleh. It is her right," kongsinya.

Melihat kembali fasa hidup, sejak tahun 2014 tanpa henti menumpukan kepada kerjaya politik, Syed Saddiq mengakui masanya kini tiba untuk berumah tangga.

Sementelah kes mahkamah yang dihadapi sejak 2021 sehingga kesihatan ibunya terganggu akibat kanser yang kembali menyerang, beliau merasakan inilah waktu terbaik untuk memberi perhatian kepada orang tersayang.

Image from: 'Minta ruang memulakan berumah tangga.' Sejak 2014 tanpa henti, Syed Saddiq kini mahu fokus keluarga
Foto: Bernama

"Cuma, saya minta sedikit ruang, sambil saya laksanakan tanggungjawab Ahli Parlimen untuk saya memulakan rumah tangga ini dulu. Sebab sejak saya mula berpolitik pada tahun 2014, 2015, saya tak henti-henti. 

"Dan, I need to focus a little bit on my family. Sebab enam tahun tu bukan saya seorang yang lalui. Satu keluarga lalui (perkara) yang sama juga. Emak sampai relapse cancer. 

Image from: 'Minta ruang memulakan berumah tangga.' Sejak 2014 tanpa henti, Syed Saddiq kini mahu fokus keluarga

"Insya-ALLAH dengan kehadiran keluarga baharu dan dua orang anak, Alhamdulillah, saya menganggap ini sebagai doa yang terbaik, malah doa saya turut dimakbulkan," kongsinya.

Syed Saddiq terdahulu berjaya menamatkan larian selama empat hari dari Putrajaya hingga ke Muar dan  mengutip dana berjumlah RM650,959.21 untuk  kawasannya. 

Tidak akan mengambil walau satu sen untuk tujuan pengurusan, wang berkenaan akan disalurkan sepenuhnya kepada penerima yang layak.

Sekadar info, Bekas Menteri Belia dan Sukan itu terdahulu tiba di Muar kira-kira 9.15 pag sekali gus menamatkan larian selama empat hari yang bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Khamis lalu.

Syed Saddiq terdahulu melangsungkan pertunangan dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada 28 Mac lalu.

Sumber: Instagram

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved