Minta Sunting Gambar Konvokesyen, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

EntertainmentLifestyle
12 Dec 2025 • 12:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minta Sunting Gambar Konvokesyen, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

Zaman sekarang, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. Ia dah jadi macam kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.

Contohnya, dahulu jika kita ingin menyunting gambar, kita perlu menggunakan komputer atau mengupah pakar dalam bidang grafik.

Namun kini, sesiapa sahaja mampu melakukannya sendiri hanya menggunakan aplikasi penyuntingan yang tersedia dalam telefon.

Terdapat pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.

Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?

“Bagi aku je main character…”

Itulah yang berlaku kepada seorang graduan yang mencuri tumpuan di Threads baru-baru ini. Dalam satu hantaran, dia memuat naik gambar graduasinya, dengan satu permintaan.

Help, macam mana nak bagi aku je main character yang lain tu buang. Paham tak?” katanya sambil berkongsi gambar asal yang dimintanya untuk disunting.

image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.

image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii
image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii
image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii
image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii
image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii

Tak berhenti di situ, dalam beberapa komen lain, ada juga netizen yang menukar gambarnya menjadi video AI dan menunjukkan pelbagai kreativiti masing-masing.

image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii
image is not available
Gambar: Threads @afiqahazmii

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur dengan kreativiti warga maya.

“Korang semua memang dah takda kerja eh…”

“Penyudahnya mengekek sorang-sorang tengok komen masing-masing…”

“Sebelum buka comment section aku dah boleh agak tapi buka juga sebab rakyat Malaysia ramai yang menghiburkan.”

BACA: Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak

Sumber: Threads @afiqahazmii

The post Minta Sunting Gambar Konvokesyen, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit” appeared first on Siakap Keli.