Minta Tarik Balik Fail Nusyuz - Syamsul Yusof Dedah Puteri Sarah Bimbang Imej Isteri Teraniaya Rosak Mengaku Sudah Ada Lelaki Lain  

Entertainment
21 Apr 2023 • 11:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syamsul Yusof (tengah) ketika hadir di mahkamah baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Pengarah filem Syamsul Yusof mendakwa fail nusyuz yang dibuat ke atas isterinya, Puteri Sarah Liyana sememangnya mengandungi bukti tentang hubungannya dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan mereka lagi. 

Disebabkan itu, hanya selepas dia membuat fail nusyuz barulah Puteri Sarah mahu berjumpa dengannya untuk berbincang tentang isu perceraian mereka. 

Perkara itu dimaklumkan Syamsul menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagramnya beberapa jam yang lalu. 

Anak kepada produser Skop Productions, Datuk Yusof Haslam ini berkata demikian sebagai membalas kenyataan yang dimuat naik Puteri Sarah di media sosial tentang 44 muka surat fail nusyuz yang diterimanya daripada Syamsul. 

image is not available
Puteri Sarah Liyana

Syamsul turut mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang bersungguh-sungguh mahu dia menarik fail nusyuz tersebut sewaktu mereka berjumpa. 

“Banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ni, berbincang dengan cara baik, tapi dia tak mahu. Hanya lepas saya fail nusyuz barulah dia (Puteri Sarah) akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa? Kerana kamu risaukan nusyuz tuh Sarah. 

“Saya tahu kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita. Jadi habislah imej ‘isteri teraniaya’ yang cuba awak gambarkan pada umum selama ini, itu yang kamu risaukan. 

“Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya hari tuh masa kita berjumpa. Siap cakap, jangan bagitahu orang okey!,” katanya. 

Mengenai tuntutan nafkah, Syamsul menjelaskan, Puteri Sarah pada asalnya telah meminta purata RM10,000 sebulan dan aset wang ringgit RM400,000.

“Kamu (Puteri Sarah) sendiri yang letak dan suamimu setuju semuanya. Siap kata jangan bagitau orang saya minta nih sebab saya tahu ia jumlah yg tinggi. 

“Suami kamu setuju sahaja dengan permintaan itu walaupun di media sosial kamu canang, ‘aku tak harap harta suami’. Jadi sebab itulah, kita  gembira di mahkamah sebelum ini, semua orang nampak sebab dua-dua telah setuju, kita sama-sama happy. 

“Tapi, malangnya, beberapa hari selepas itu, kamu yang telah tukar perjanjian menambah-nambah minta harta aset jutaan ringgit pulak dah. Dan menuduh saya pula yang tukar perjanjian  asal dan burukkan suami di media kata, saya minta diskaun. 

“Allah ini bukan soal minta diskaun, saya cuma kata kenapa tak ikut perjanjian asal kita malam tuh. Tidak apa Sarah, macam nih kau buat pada suami kamu, tidak apa,” jelasnya. 

image is not available
Syamsul Yusof

Di akhir hantarannya itu, Syamsul berkata, dia menulis semua itu bukan kerana mahu mendapatkan sokongan netizen. 

“Tak perlulah. Cukup Allah untuk saya. Tetap, fikirkanlah, adakah ini caranya kamu sebagai isteri menyelesaikan masalah dengan berpura-pura di depan media/netizen untuk raih simpati masyarakat. 

“Gunakan anak dan ibu bapa saya. Kita boleh selesai cara baik tetapi memilih untuk terus mengaibkan suami, keluarga saya dan mertua. 

“Semalam, kamu ugut suami kamu secara public dan ini juga akan dijadikan tambahan kes. Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit. 

“Bila suami tidak setuju, mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang tu pula ya, Sarah? Cukup sampai di sini. Ya, di mahkamah saja kita selesaikannya,” ucapnya. – Getaran, 21 April 2023