Minta TV Tayang Supaya Azizah Kagum Dengan Baju Panglima Iban, PMX Curi Tumpuan Ramai

1 Oct 2024 • 12:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

PMX kagum pakai baju Panglima Iban curi tumpuan ramai

Minta TV Tayang Supaya Azizah Kagum Dengan Baju Panglima Iban, PMX Curi Tumpuan Ramai. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menarik perhatian ramai apabila beliau memakai baju Panglima Iban.

Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, PM Anwar Ibrahim menyatakan bahawa, “Minta televisyen tayang betul-betul supaya Azizah pun rasa kagum abang sudah jadi Panglima Iban.”

image is not available
Sumber foto: TikTok Jason Update. Minta TV Tayang Supaya Azizah Kagum Dengan Baju Panglima Iban, PMX Curi Tumpuan Ramai

Untuk makluman, dalam konteks ini, “Azizah” merujuk kepada isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ucapan PM Anwar ini dipercayai dibuat semasa beliau menghadiri satu majlis rasmi di Sarawak.

Hantaran ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mesra dan berjenaka PM Anwar, mengatakan bahawa ia menunjukkan sisi kemanusiaan pemimpin negara.

Bahkan, ada pula yang menyatakan bahawa kenyataan tersebut mencerminkan hubungan mesra antara PM Anwar dan isterinya, malah setia dengan isterinya.

Baca juga artikel yang berkaitan: