Minta Ucapan Daripada Atuk PMX Dan Nenek, Respon Dr Wan Azizah Buat Ramai Tersenyum

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Minta Ucapan Daripada Atuk PMX Dan Nenek, Respon Dr Wan Azizah Buat Ramai Tersenyum

Permintaan seorang kanak kanak untuk mendapatkan ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena konvokesyen prasekolah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna akaun @khaizura9189 memaklumkan anaknya baru sahaja selesai menghadiri majlis konvokesyen prasekolah SKKP2.

Image from: Minta Ucapan Daripada Atuk PMX Dan Nenek, Respon Dr Wan Azizah Buat Ramai Tersenyum
Kredit: Threads khaizura9189

Menurutnya, anak kecil itu begitu bersemangat untuk membuat persembahan dan turut berharap mendapatkan ucapan daripada individu yang dianggap sebagai atuk dan nenek.

"Semalam baru selesai konvokesyen prasekolah SKKP2. Semangat dia membuat persembahan. Nak minta ucapan daripada atuk PMX @anwaribrahim_my dan nenek @drwanazizah," kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian apabila Dr Wan Azizah membalas permintaan berkenaan dengan ucapan tahniah serta doa buat kanak kanak itu.

Image from: Minta Ucapan Daripada Atuk PMX Dan Nenek, Respon Dr Wan Azizah Buat Ramai Tersenyum
Kredit: Threads khaizura9189

"Alhamdulillah, tahniah cucunda maktok. Semoga terus menjadi anak yang hebat, membahagiakan kedua ibu ayah, dan berjaya dunia dan akhirat. Amin," balas Dr Wan Azizah.

Dalam pada itu, pengguna Threads @kochaa_ turut menitipkan doa agar kanak kanak berkenaan membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

"Tahniah si comel. Semoga menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat," doanya.

Seorang lagi pengguna, @faraember, turut meninggalkan komen dengan berkongsi bahawa dia juga merupakan bekas murid sekolah berkenaan.

Baca juga:

"Dulu aunty pun sekolah SKKP2, awak comel sangat," komen pengguna itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved