Minum soda dalam mangkuk tandas dapat wang hampir RM5,000

25 Jul 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Minum soda dalam mangkuk tandas dapat wang hampir RM5,000

MOSCOW – Sebuah pusat beli-belah di Russia menerima kecaman orang ramai kerana mengadakan pertandingan menghabiskan air berkarbonat (soda) paling cepat di dalam mangkuk tandas dengan pemenang akan menerima wang AS$1,200 (RM4,909), lapor portal berita Inkorr. 

Pertandingan Game of Thrones itu diadakan di bandar Stavropol, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @wildemation.news menunjukkan peserta berpusu-pusu menghabiskan soda yang diletakkan di dalam mangkuk tandas. 

Seorang wartawan tempatan, Alexander Nevzorov berkata, klip video berkenaan menunjukkan orang ramai sanggup melakukan apa sahaja demi wang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. – AGENSI

The post Minum soda dalam mangkuk tandas dapat wang hampir RM5,000 appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved