Minuman ‘sangat’ panas tingkat risiko kanser

Health & Fitness
12 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Minuman ‘sangat’ panas tingkat risiko kanser

LONDON – Mengamalkan minuman seperti teh dan kopi pada suhu yang sangat panas secara berterusan boleh meningkatkan risiko kanser salur makanan atau esofagus, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik, lapor stesen penyiaran BBC.

Para penyelidik menyatakan bahawa penemuan daripada kajian yang melibatkan hampir sejuta orang ini merupakan kajian terbesar setakat ini dalam membuktikan pertalian tersebut.

Dalam kajian berkenaan, individu yang mengambil minuman pada paras ‘sangat panas’ mempunyai risiko kira-kira tiga kali ganda lebih tinggi untuk menghidap kanser tersebut berbanding peminum teh atau kopi ‘suam’.

Cecair yang terlalu panas boleh merosakkan lapisan sel pada salur makanan semasa ia mengalir turun ke dalam perut.

Penyelidikan oleh Universiti Oxford yang diterbitkan dalam International Journal of Cancer ini mendefinisikan mana-mana minuman pada suhu 65 darjah Celsius atau lebih tinggi sebagai ‘sangat panas’ dan berpotensi membawa risiko.

Pengambilan enam atau lebih minuman panas sehari juga meningkatkan risiko tersebut, berdasarkan data daripada 977,282 lelaki dan wanita berumur pertengahan.

Walaupun penambahan susu boleh menyejukkan minuman secara sedikit, teh atau kopi bersusu mungkin masih terlalu panas untuk diminum, kata para penyelidik.

Teh yang dibancuh sejurus selepas air di dalam cerek mendidih berada pada suhu berhampiran takat didih, iaitu 100 darjah. 

Selepas dituangkan ke dalam cawan, suhunya turun kepada sekitar 90 hingga 95 darjah Celsius.

Ketua penyelidik, Dr. Keren Papier, berkata penyelidikan di Amerika Selatan,  di mana ramai orang meminum minuman herba yang sangat panas dipanggil mate, telah menunjukkan pertalian yang serupa antara minuman panas dan kanser esofagus.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, ‘lebih banyak penyelidikan kini diperlukan untuk mengenal pasti suhu minuman secara tepat yang berkaitan dengan peningkatan risiko ini’. – AGENSI

The post Minuman ‘sangat’ panas tingkat risiko kanser appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved