Minyak Pelincir MOL Bakal Memasuki Pasaran Malaysia

Cars
5 Sep 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Minyak pelincir adalah salah satu bahan yang wajib diisi di dalam semua jenis enjin bagi melancarkan pergerakan komponen kenderaan bermotor - Gambar Hiasan

Minyak pelincir adalah salah satu bahan yang wajib diisi di dalam semua jenis enjin bagi melancarkan dan menggerakkan komponen dalamannya untuk menggerakkan sesuatu peralatan atau kenderaan yang bermotor.

Terdapat banyak minyak pelincir Di Malaysia di pasaran sama ada keluaran dalam atau luar negara yang memiliki kualiti yang baik.

Jenama MOL yang berasal dari Eropah adalah antara minyak pelincir yang mempunyai kualiti yang tinggi serta bagus untuk semua jenis enjin

Dalam usaha meningkatkan kewujudan minyak pelincir MOL di pasaran Asia, jenama yang berasal ini telah mengadakan kerjasama bersama pengedar Oily Lubricants Malaysia Sdn. Bhd. untuk menembusi pasaran di Malaysia.

image is not available
Gambar ihsan MOL

Minyak pelincir tersebut akan berada di pasaran di Malaysia bermula September 2022 meliputi sektor pengangkutan, pertanian, automotif dan banyak lagi. 

Produk ini akan disediakan melalui rangkaian pengedar dan pelancaran rasmi bagi memperkenalkan jenama ini.

Secara dasarnya, prestasi minyak pelincir MOL merupakan antara 800 produk berkualiti tinggi yang sesuai digunakan pada enjin kereta, motosikal, kenderaan komersial, pertanian dan industri mesin.

Kemajuan formula yang dihasilkan oleh MOL memberikan prestasi yang tinggi dan perlindungan yang luar biasa terhadap kakisan dan kehausan serta menjadikan komponen kenderaan lebih tahan lama.

Malah peningkatan kos pembuatannya memberikan penambaikan terhadap minyak tersebut dan dapat membantu mengurangkan lagi kos penyelegaraan terhadap sesebuah kenderaan.

Selain itu, semua bahan dan produk yang digunakan telah menepati syarat piawaian automotif  terkini dan original equipment manufacturer (OEMs).

Maka minyak pelincir MOL dijamin akan memberikan tahap prestasi dan kualiti yang tinggi dan pembeli pasti berpuas hati ketika menggunakannya. - Getaran, 5 September 2022