Minyak sawit RM3 juta dirampas di Sandakan

LocalBusiness & Finance
12 Jul 2025 • 7:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Operasi bersepadu melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Sandakan membawa kepada penahanan empat suspek serta rampasan minyak sawit mentah dan terproses bernilai hampir RM3 juta.

Operasi dijalankan serentak di dua lokasi berasingan sekitar jam 3.30 petang, Khamis.

Dalam serbuan pertama di tepi jalan Sandakan-Kinabatangan, empat lelaki berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan ketika sedang memindahkan minyak sawit mentah (CPO) dari sebuah lori tangki ke dalam lori tangki lain untuk tujuan penghantaran ke lokasi lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dua lori tangki berisi CPO turut dirampas di lokasi kejadian.

Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah premis di Bandar Ramai-Ramai, di mana pihak berkuasa menemui sebuah lagi lori tangki serta beberapa tangki simpanan yang mengandungi minyak sawit mentah dan terproses (PPO).

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,965,400, melibatkan kira-kira 75,000 liter produk minyak sawit.

Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini sahaja, PPM Wilayah 4 telah mencatatkan 11 kes dan menahan 23 individu, dengan jumlah keseluruhan rampasan melebihi RM12.2 juta.

“PPM terus komited memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan di perairan negara, terutamanya di kawasan panas berhampiran negara jiran,” katanya.

Nazri turut menggesa orang awam supaya menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh mengancam kepentingan negara atau masyarakat setempat.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan PPM menerusi talian 088-454819 atau melalui laman rasmi Facebook PPM Wilayah 4 Sabah.