
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menggagalkan cubaan penyelewengan minyak sawit mentah dalam satu serbuan di kawasan Ulu Dusun, Batu 30, di sini pada petang Rabu.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, Operasi Bersepadu yang dijalankan bersama pihak Penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sekitar jam 3.30 petang itu, mengesan lokasi aktiviti haram berkenaan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa.
“Dalam serbuan tersebut, pasukan merampas sebuah lori yang memuatkan beberapa tangki jenis palet IBC berisi kira-kira 3,000 liter minyak sawit mentah (MSM).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM130,700,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, kegiatan tersebut dipercayai dijalankan di kawasan terpencil bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana suspek dipercayai telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.
“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” tegas Nazri.



