Minyak Turun! Tapi 4 Sen Sahaja

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 4 sen bermula esok hingga 20 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga baharu RON97 di Semenanjung adalah RM3.13 seliter manakala diesel RM2.90 seliter.

Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.