Harga Runcit RON97, RON95 Kekal – MOF

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2025 • 6:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Runcit RON97, RON95 Kekal – MOF

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Harga runcit RON97 kekal pada paras RM3.17 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung pula naik tiga sen seliter daripada RM2.91 kepada RM2.94 manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF, penetapan harga runcit itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved