Miri Sasar Ingin Pecah Rekod Dunia Guinnes Dengan Projek EcoBrick Terbesar

11 Jan 2025 • 5:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Projek EcoBrick di Miri sasar Guinnes World Record

Miri Sasar Ingin Pecah Rekod Dunia Guinnes Dengan Projek EcoBrick Terbesar. Dilaporkan, Projek Sumbangan EcoBrick Terbesar Dalam 24 Jam bakal diadakan pada 11 dan 12 Januari ini, dan mereka menyasarkan untuk mencatat nama dalam Guinness World Record. Hebat, kan?

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kongsi yang projek ni melibatkan seluruh komuniti dari pelajar, guru, ibu bapa, hingga pihak sekolah seperti SJKC Chung Hua Tudan. Lagi best, projek ini ada misi penting untuk kurangkan pencemaran plastik, tingkatkan kadar kitar semula, dan jimatkan ruang tapak pelupusan sampah.

image is not available
Miri Sasar Ingin Pecah Rekod Dunia Guinnes Dengan Projek EcoBrick Terbesar. Sumber gambar: UKAS

Bakal bangunkan ‘Tembok Hijau Miri’

“Kita bakal bangunkan ‘Tembok Hijau Miri’ yang bukan saja boleh beri impak besar terhadap kesedaran alam sekitar, tapi juga tarik pelancong ke Miri,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Percubaan Guinness World Record ni adalah hasil usaha keras Bryan Chia Sak Chan, Pengerusi Persatuan Peniaga Barang Terpakai dan Kitar Semula Miri, bersama pasukannya yang dah bertungkus-lumus beberapa tahun untuk buat impian ni jadi kenyataan.

Dato Sri Lee turut menambah, projek ini boleh letakkan Miri sebagai bandar hijau bertaraf dunia dengan tiga pengiktirafan antarabangsa termasuk dua dari UNESCO dan, insyaAllah, satu rekod Guinness!

image is not available
Sumber gambar: Libur

“Projek ni bukan sekadar idea hijau untuk komuniti, tapi berpotensi jadi tarikan pelancongan jangka panjang. Malah, kita tengah plan ingin bangunkan EcoPark guna bahan kitar semula. Tempat ni boleh jadi ikon pendidikan alam sekitar dan simbol projek mampan, selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),” tambah beliau.

Hadir sama dalam sidang media ialah Pro Vice Chancellor Curtin, Professor Simon Leunig, dan Bryan Chia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: