MISC peroleh kontrak platform pesisir gas asli 12 tahun PETRONAS Carigali Brunei

LocalBusiness & Finance
8 Dec 2025 • 2:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MISC peroleh kontrak platform pesisir gas asli 12 tahun PETRONAS Carigali Brunei
image is not available
haziq08/12/2025 - 14:37 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Dis – MISC Bhd memperoleh kontrak daripada PETRONAS Carigali Brunei Ltd bagi menyewa, mengendalikan dan menyelenggara sebuah unit pengeluaran terapung untuk projek gas asli di Brunei.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan tersebut berkata, platform luar pesisir mudah alih itu dijangka memulakan operasi pada separuh pertama 2029 (1H29).

 

PETRONAS merupakan pemegang saham utama dalam MISC selain syarikat induk kepada PETRONAS Carigali Brunei.

 

Menurut MISC, tempoh piagam kontrak adalah selama 12 tahun, bermula selepas unit pengeluaran terapung itu diterima secara rasmi oleh PETRONAS Carigali Brunei, dengan opsyen lanjutan sehingga tiga tempoh tambahan satu tahun.

 

Bagaimanapun, nilai surat anugerah (LOA) tidak didedahkan.

 

PETRONAS Carigali Brunei terlibat dalam aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran produk petroleum serta hidrokarbon lain di negara tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard