Rumusan Artikel
- MISHA melawat Karachi untuk memperkukuh kerjasama keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama PSC.
Advertisement
- Latihan dan pendedahan awal untuk pekerja Pakistan sebelum ke Malaysia antara cadangan yang dibincangkan.
- Pertemuan turut menyentuh kerjasama menjelang 70 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Pakistan pada 2027.
- Lawatan membuka ruang perkongsian amalan terbaik serta promosi kepakaran keselamatan industri Malaysia.
Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Malaysia (MISHA) mengadakan lawatan kerja ke Karachi, Pakistan, baru-baru ini bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).
Delegasi diketuai Timbalan Presiden MISHA, Encik Abd Mutalib Abd Gapar. Mereka turut memenuhi undangan ke Pakistan Safety Council Health, Safety and Environment (HSE) Excellence Annual Conference & Awards 2026.
Bincang Latihan Awal Untuk Pekerja Pakistan
Pertemuan berlangsung di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi bersama Konsul Jeneral Malaysia, Encik Mohd Yunus bin Ibrahim, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pakistan Safety Council (PSC), Encik Ali Raza Memon.

Menurut Abd Mutalib, latihan awal antara pendekatan yang boleh diteroka bagi membantu pekerja Pakistan memahami persekitaran kerja di Malaysia.
“Kita nak berbincang tentang future potential collaboration antara MISHA dan juga Pakistan. Kenapa kita pilih Pakistan? Sebab salah satunya dalam industri kita di Malaysia,kita ramai pekerja-pekerja dari Pakistan. Apabila ada pertembungan dua budaya dari dua negara yang berbeza, akan ada konflik. Maka sebab tu kita datang berjumpa dengan source country ni iaitu Pakistan, kita cuba cari jalan penyelesaian.
Contohnya, melalui latihan untuk pekerja-pekerja sebelum datang ke Malaysia, mungkin pihak PSC ni boleh buat training dulu atau induction ke, buat awareness ke. So bila datang Malaysia ni, dia dah faham dan dah disaring dulu. Tak adalah datang fresh tak tahu apa terus masuk ke tempat kerja.”
Pererat Hubungan Malaysia Dan Pakistan
Mohd Yunus turut menyambut baik perkembangan kerjasama OSH menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 2027.
“Kami sebenarnya mencari kolaborasi yang lebih dekat antara dua negara,terutamanya di tengah-tengah ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan yang akan disambut pada tahun 2027 akan datang.”
PSC Sokong Pendedahan Sebelum Bekerja
Ali Raza pula menyifatkan pertemuan bersemuka pertama MISHA dan PSC itu sebagai peluang membincangkan latihan serta pendedahan awal kepada tenaga kerja.
Lawatan tersebut membuka ruang perkongsian amalan terbaik OSH serta mempromosikan kepakaran dan piawaian keselamatan industri Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pemandu Kenderaan EV Terlibat Nahas Maut Di Jalan Kuching Kini Dikesan Polis, Punca Kanak-Kanak 5 Tahun Meninggal Dunia
The post MISHA Ke Karachi, Bincang Persediaan Pekerja Pakistan Sebelum Ke Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





