Misha Omar bertudung bagi penuhi permintaan kerajaan negeri Perlis

Entertainment
6 Sep 2026 • 5:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Misha Omar bertudung bagi penuhi permintaan kerajaan negeri Perlis

PETALING JAYA: Penampilan penyanyi, Misha Omar dalam imej bertudung yang tular baru-baru ini ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya mengenai perubahan imej tersebut.

Bagaimanapun, persoalan berhubung penampilan berkenaan terjawab selepas pengurusnya, Salmi Omar, memaklumkan bahawa imej tersebut merupakan permintaan daripada kerajaan negeri Perlis.

“Kami sekadar memenuhi permintaan kerajaan negeri Perlis. Di Perlis memang kena bertudung,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, beberapa keping gambar Misha mengenakan tudung mencuri perhatian di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Imej tersebut juga menimbulkan tanda tanya mengenai sama ada penyanyi berkenaan bakal tampil dengan penampilan baharu dalam setiap acara selepas ini. -UTUSAN

The post Misha Omar bertudung bagi penuhi permintaan kerajaan negeri Perlis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved