Selagi bukan fitnah, saya maafkan kalian semua – Norreen Iman

Entertainment
12 Aug 2026 • 10:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selagi bukan fitnah, saya maafkan kalian semua – Norreen Iman

PETALING JAYA – Pelakon Norreen Iman berlapang dada apabila kerap menjadi mangsa sasaran kecaman netizen dalam media sosial terutama selepas muncul dengan imej tidak bertudung baru-baru ini.

Menurut Norreen, 32, dia tidak menolak bahawa konten media sosialnya juga memberi peluang percuma kepada netizen berdebat mengenai dirinya.

“Saya sudah melihat dan tahu apa yang orang sedang perkatakan tentang saya. Ada yang kelakar dan ada juga saya rasa agak keterlaluan tetapi tidak tersinggung.

“Sebab perjalanan saya dalam industri ini bermula melalui media sosial. Ada yang suka, ketawa, menyampah dan terdapat juga yang menganggap konten saya terlalu mengada-ngada.

“Saya faham, sebab saya sendiri siarkan konten yang membuka ruang untuk orang berkata-kata. Jadi, saya tidak terkilan apabila orang mengecam atau membuli kerana orang akan terus bercakap berdasarkan hal yang mereka lihat dan dengar,” katanya dalam Threads hari ini.

Tambahnya, dia masih berlapang dada menerima setiap tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan memilih untuk memaafkan selagi tidak memudaratkan.

“Selagi perkara itu bukan fitnah, saya maafkan sahaja kalian semua.

“Threads hanyalah satu lagi platform untuk orang bercakap, melepaskan kemarahan, menghabiskan masa, selain menjadi tempat untuk hiburan, mendapatkan maklumat dan ilmu. Jadi, bertenang sebab saya tidak marah.

“Kelakar juga tengok diri sendiri sampai menjadi ‘meme’ tetapi begitulah kehidupan. Kita semua sudah melalui pelbagai perkara dalam hidup, saya juga begitu,” katanya lagi.

Terdahulu, Norreen mula meraih perhatian ramai selepas disahkan bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Mohd. Razzi Abd. Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Mei lalu.

Bukan hanya bercerai, tindakannya tampil dengan imej tidak berhijab sejak sebulan lalu juga menjadikannya lubuk kecaman netizen dalam media sosia sehingga hari ini.– KOSMO! ONLINE.

The post Selagi bukan fitnah, saya maafkan kalian semua – Norreen Iman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved