Misha Omar Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Di Konsert Ernie Zakri!

EntertainmentMusic
26 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Misha Omar

Penyanyi terkenal, Misha Omar, meluahkan rasa geram selepas tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri telah dirampas individu tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan mStar, Misha terpaksa berdiri selama lima lagu sementara penganjur menyelesaikan kekeliruan tersebut.

Semua beli tiket masing-masing, duduklah di tempat awak. Saya kena berdiri hampir lima lagu sebab awak duduk di tempat saya.

“Awak duduk macam tiada dosa” – Misha Omar

image is not available

Lebih mengecewakan, individu tersebut langsung tidak meminta maaf selepas diminta mengosongkan tempat duduk berkenaan.

Awak telah cipta masalah yang tak perlu di tempat konsert. Duduk macam tiada dosa dan berlalu tanpa minta maaf.

Hampir risau tiket kena scam!

image is not available

Dalam keadaan itu, Misha sempat berseloroh mengenai kemungkinan dirinya ditipu kerana tiket yang dibelinya menerusi laman sosial.

Namun, pujian diberikan kepada pihak pengurusan konsert yang bertindak pantas menyelesaikan isu tersebut.

Pujian harus diberikan kepada adik usher kerana dapat kenal masalah dengan cepat. Tidaklah saya berdiri lama macam tiang lampu.

#OhmediaNasihat

Tanggungjawab kecil seperti duduk di tempat yang betul mencerminkan nilai seseorang. Hormati orang lain dan elakkan mencipta masalah di acara awam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.