“Minta maaf pun tak..”- Misha Omar kesal individu rembat tempat duduk di konsert

EntertainmentMusic
26 Jan 2025 • 7:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Misha Omar kesal selepas tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri baru-baru ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, pemilik nama Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan, dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu.

“Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri.
“Awak tahu tak, sebab awak duduk “tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu.
“Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu,”luahnya di Instagram Story, semalam.

image is not available

Misha Omar kesal

Lebih kesal, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu memaklumkan individu terbabit hanya berlalu pergi selepas diminta kosongkan tempat duduk tanpa sebarang permohonan maaf.

Dalam pada itu, Misha meluahkan rasa terima kasih atas usaha krew yang bertugas kerana bertindak pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.
“Terima kasih kepada krew tersebut sebab dapat selesaikan masalah dengan cepat,”ujar Misha Omar.

image is not available

image is not available

Semalam, telah berlangsungnya konsert sulung Ernie, Aura: Ernie Zakri Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvenseyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain Misha, terlihat juga kelibat Aina Abdul yang hadir bagi menyokong Ernie melangsungkan acara berkenaan.

Sumber: IG Misha Omar