
Misi Artemis II kini dijadualkan dilancarkan pada jam 6.24 pagi, 2 April waktu Malaysia. Sekiranya berjaya, ia kali pertama manusia kembali mengelilingi bulan sejak 1972 menerusi misi Apollo 17. NASA mengesahkan kebarangkalian misi dilancarkan ialah sekitar 80% dengan misi asal yang dijadualkan Februari lalu dibatalkan kerana kebocoran pada tangki bahan api roket SLS.

Artemis II akan membawa empat krew terdiri daripada angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover and Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada Jeremy Hansen. Jika semua berjalan lancar misi akan mengambil masa 10 hari. Pelancaran misi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Youtube rasmi NASA.
Ia akan bakal mencatatkan empat rekod baharu iaitu perjalanan paling jauh daripada bumi pernah dilakukan oleh manusia. (lebih 400,000 km), wanita pertama mengelilingi bulan, individu bukan kulit putih pertama mengelilingi bulan dan angkasawan bukan warganegara Amerika pertama mengelilingi bulan.

