Misi Artemis cuba mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan bagi menjadikannya koloni pertama manusia di angkasa lepas. Setakat ini Artemis I telah berjaya melakukan perjalanan ke bulan sebelum pulang ke bumi tanpa krew. Artemis II akan melakukan misi yang sama dengan empat angkasawan tahun depan. Tetapi kini Artemis III yang akan melakukan pendaratan ke bulan pada tahun 2025 mungkin ditangguh ke 2026.

Wakil NASA mengatakan penangguhan mungkin berlaku kerana kelewatan SpaceX dalam melakukan ujian kapal angkasa Starship. Ujian pertama Starship berakhir selepas ia meletup ketika dilancarkan April lalu.

Sebelum misi Artemis III boleh dilancarkan, SpaceX perlu melakukan ujian mengisi tangki bahan api di orbit bumi dan melakukan pendaratan Starship ke permukaan bulan tanpa anak kapal. Kelewatan ini mungkin akan memberikan masa kepada China yang juga ingin menghantar taikonaut mereka ke permukaan bulan menjelang 2030.
- Sumber
- SpaceNews



