Tips Shopee: Ini Cara Nak Tahu Tu Harga Sekarang Atau Helah ‘Seller’

31 May 2023 • 12:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tips Shopee: Ini Cara Nak Tahu Tu Harga Sekarang Atau Helah ‘Seller’

Setiap bulan premis perniagaan akan melakukan promosi sempena hari gaji, cuti umum dan sebagainya untuk menarik perhatian orang ramai.

Sebagai manusia, semestinya kita akan tertarik dengan tawaran yang diberikan. Lebih-lebih lagi sekiranya barang yang paling diinginkan diletakkan pada bahagian promosi.

Ramai juga yang memilih untuk membeli atas talian disebabkan promosi yang ditawarkan agak berpatutan berbanding dengan harga di kedai.

Antara platform e-perdagangan yang biasa digunakan masyarakat ialah Lazada, Shopee, Zalora dan lain-lain kerana ia mudah, cepat dan murah.

Akan tetapi antara platform tersebut, Shopee yang sering melakukan promosi akhir bulan, di mana pada ketika itu orang ramai telah menerima gaji bulanan.

Perasan tak? Shopee selalu sangat buat tawaran sehingga kita tidak tahu sama ada harga yang ditawarkan adalah harga asal atau diskaun.

Untuk mengetahui kebenaran itu, Wiser.My membuat perkongsian tips bagi mengetahui sama ada diskaun yang dibuat sememangnya harga asal ataupun harga jualan.

Tips periksa harga Shopee

Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan di Shopee, apa kata luangkan masa dahulu untuk periksa harga yang ditawarkan.

Caranya mudah sahaja dan yang paling penting perlu ada komputer riba, tab, iPad atau perkakasan elektronik yang mudah untuk melakukan perkara ini.

1. Muat naik AliPrice Shopping

image is not available
Kredit: FB Wiser.my

Pertama sekali kena pergi ke Google Chrome web store untuk muat naik extension, yang namanya AliPrice Shopping.

AliPrice Shopping merupakan assistant for Shopee, yang membolehkan individu untuk memeriksa sejarah harga barang, bukan sahaja di Shopee, malah Lazada dan platform e-perdagangan yang lain.

2. Buka laman web Shopee

image is not available
Kredit: FB Wiser.my

Apabila selesai muat naik, pergi ke laman web Shopee kemudian buka produk yang sedang dalam promosi.

Kemudian, klik pada produk tersebut dan gambaran besar produk akan ditunjukkan.

3. Periksa graf

image is not available
Kredit: FB Wiser.my

Selepas itu, orang ramai boleh memeriksa harga dengan melihat graf yang ada di bawah diskaun itu.

Dalam masa yang sama, orang ramai boleh juga memeriksa harga-harga yang diletakkan sebelum ini pada graf berkenaan.

Selesai!

Jadi, dari situ kita boleh tahu produk itu betul diletakkan harga diskaun ataupun hanya taktik helah peniaga.

Kalau nak tahu lebih lanjut, saksikann tips ini di Facebook Wiser.my supaya dapat gambaran penuh mengenai perkara itu di ruangan Reels di sini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Wiser.my