Misteri bau busuk bongkar mayat wanita dalam bagasi

29 Jun 2026 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Misteri bau busuk bongkar mayat wanita dalam bagasi
Satu mayat dalam bagasi dijumpai di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang pada Ahad.

KAJANG - Misteri bau busuk dalam sebuah rumah di Taman Impian Indah di sini membongkar penemuan satu mayat dalam bagasi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 8.37 malam.

"Susulan laporan polis itu, sepasukan polis termasuk Pasukan Forensik hadir ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati satu mayat wanita dijumpai di dalam bagasi di ruang tamu sebuah rumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, tiada pengenalan diri pada mangsa dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identitinya.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintenden Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau talian NG MERS 999 bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved