Tanda ande mempunya sinus

Health & Fitness
29 Jun 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Tanda ande mempunya sinus
Gambar: Public Health M'sia

Bau busuk hanyir dalam hidung?

Kadang-kadang ia bukan bau dari luar.

Ia boleh datang dari dalam hidung sendiri, terutama bila ada masalah resdung atau sinusitis.

Bila sinus tersumbat, lendir boleh berkumpul. Jika berlaku keradangan atau jangkitan, lendir itu boleh jadi pekat, berwarna kuning kehijauan, turun ke belakang tekak dan menyebabkan rasa atau bau yang tidak menyenangkan. Sinusitis juga boleh datang dengan hidung tersumbat, sakit muka, tekanan sekitar pipi/dahi, batuk, demam atau deria bau berkurang.

Ada juga keadaan di mana seseorang “terhidu” bau busuk, hanyir, hangit atau busuk walaupun orang lain tidak bau apa-apa. Ini dipanggil phantosmia. Ia boleh berlaku selepas selsema, alahan, polip hidung, masalah gigi atau sinus yang meradang.

Tapi jangan salah faham.

Bau busuk dalam hidung bukan semestinya sinus sahaja. Ia juga boleh berpunca daripada:

Gigi rosak atau jangkitan gusi.

Tonsil stone.

Post-nasal drip.

Polip hidung.

Benda asing dalam hidung, terutama kanak-kanak.

Jangkitan yang memerlukan pemeriksaan.

Dapatkan pemeriksaan jika bau busuk berulang, keluar hingus busuk sebelah hidung, sakit muka kuat, demam, bengkak sekitar mata, sakit kepala teruk, penglihatan kabur, atau gejala lebih 10 hari dan makin teruk.

Jangan terus beli antibiotik sendiri.

Sinusitis bukan semuanya perlu antibiotik. Rawatan bergantung pada punca.

Bau hanyir yang berulang bukan benda normal untuk ditahan lama-lama. Periksa.

#PublicHealthMalaysia

#Sinusitis

#KesihatanHidung


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved