Misteri Empat Lembaga Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem

5 Aug 2023 • 8:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupa-rupanya promosi filem.

Misteri Empat Lembaga Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem. Dilaporkan, baru-baru ini, tular sebuah gambar di media sosial di mana terdapat 4 individu yang berpakaian serba hitam menyerupai ‘Lembaga Hitam’ hadir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC.

Misteri empat ‘lembaga hitam’ berkenaan kemudiannya terungkai apabila didedahkan bahawa ianya rupa-rupanya taktik promosi sebuah filem berjudul Rahsia yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos ini.

image is not available
Misteri Empat Lembaga Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem. Kredit foto: Harian Metro

Filem Rahsia versi penceritaan semula

Rahsia merupakan sebuah filem arahan Othman Hafsham yang telah mengusai pawagam pada 1987 dan akan diterbitkan sekali lagi dengan versi penceritaan semula oleh anak sutradara tersohor berkenaan, Shamyl.

Filem Rahsia sebelum ini telah diangkat sebagai Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, selain enam kategori lain pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-7, tampil dengan versi baharu yang membariskan pelakon terkenal iaitu Nabila Huda yang memegang watak Ramlah dan Fikry Ibrahim (Hamdan).

image is not available

Filem Rahsia versi asal

Dalam versi asal, watak Ramlah dibawa Noor Kumalasari, manakala Hamdan dilakonkan Allahyarham Shukery Hashim.

Pelakon lain Rahsia versi penceritaan semula ini adalah Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks, Nabil Zakaria dan penampilan istimewa, Othman serta Susan Lankester.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: