Misteri kehilangan tujuh tahun terungkai, wanita ditemukan selamat di Langkawi

19 Jun 2026 • 3:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Wanita dilapor hilang sejak 2019 ditemukan selamat di sebuah rumah di Langkawi bersama seorang anak

Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tujuh tahun lalu akhirnya terungkai apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Helang Perdana, Kuah, pada malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditemukan selepas sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah kira-kira jam 11 malam susulan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit menetap di rumah berkenaan bersama seorang anak.

“Pemeriksaan lanjut berdasarkan rekod orang hilang mendapati wanita itu masih tersenarai sebagai individu hilang susulan laporan polis yang dibuat di Majidee, Johor pada tahun 2019,” katanya.

Baca juga:

Samsulmuddin berkata, wanita berkenaan mengaku meninggalkan kediaman keluarganya di Johor Bahru sebelum berpindah dan menetap di Langkawi.

Beliau turut memaklumkan bahawa wanita tersebut mendakwa telah berkahwin dengan seorang warga asing, namun suaminya tidak berada di rumah ketika pemeriksaan dijalankan.

Sumber: Sinar Harian

The post Misteri kehilangan tujuh tahun terungkai, wanita ditemukan selamat di Langkawi appeared first on The Reporter.