
Misteri kehilangan seorang vlogger Thailand, Hlun Solo, akhirnya terjawab selepas dia ditemukan meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di Tbilisi, Georgia, lebih dua minggu selepas gagal dihubungi keluarga.
Hlun Solo atau nama sebenarnya Bawornthat Pengsuk, 27, dilaporkan melakukan perjalanan solo ke Georgia sebelum keluarganya mula bimbang apabila tiada sebarang khabar daripadanya sejak 13 Julai lalu.
Menurut laporan media Georgia, keluarga mangsa memaklumkan mereka gagal menghubunginya selepas tarikh berkenaan, sekali gus mencetuskan usaha pencarian terhadap vlogger tersebut.
Usaha mengesan Hlun Solo turut mendapat perhatian pihak berkuasa apabila Kementerian Luar Thailand dilaporkan bekerjasama dengan penguat kuasa Georgia serta komuniti warga Thailand di negara itu bagi membantu mencari keberadaannya.
@hlunsolo หมู่บ้านนี้ไม่มีไฟฟ้าไม่มีสัญญาณ อยู่ยังไง? #เที่ยวรอบโลก #เที่ยวคนเดียว #Gulf
♬ เสียงต้นฉบับ – ฮลุน โซโล่ ✈︎ – ฮลุน โซโล่ ✈︎
Bagaimanapun, selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang, pihak polis Georgia mengesahkan Hlun Solo ditemui tidak bernyawa di sebuah hotel di ibu negara negara itu, Tbilisi.
Kes itu kini disiasat pihak berkuasa Georgia di bawah Artikel 115 Kanun Jenayah negara berkenaan yang berkaitan kes kematian dalam keadaan tidak jelas. Namun, pihak berkuasa masih belum mendedahkan punca sebenar kematian atau sama ada wujud unsur jenayah.
@hlunsolo 🌍 ความลับ ทำไมเที่ยวเยอะขนาดนี้?? #เที่ยว #เที่ยวคนเดียว #travel #เที่ยวรอบโลก
Baca juga:
- Misteri kehilangan vlogger Thailand terjawab, ditemui mati di Hotel Georgia
13 maut akibat gempa Jepun, pusat beli-belah antara lokasi terjejas teruk
Netanyahu kecam Mamdani, dakwa Datuk Bandar New York cetus kebencian
Hlun Solo dikenali dalam kalangan peminat pelancongan Thailand menerusi kandungan video pengembaraan yang dikongsikan di platform YouTube. Perjalanan solonya ke beberapa lokasi luar negara sebelum ini menjadi sebahagian daripada kandungan yang dihasilkan untuk pengikutnya.
Berita kematian Hlun Solo mengejutkan peminatnya selepas mereka sebelum ini bersama-sama mengikuti perkembangan pencarian vlogger berkenaan yang dilaporkan hilang.
The post Misteri kehilangan vlogger Thailand terjawab, ditemui mati di Hotel Georgia appeared first on The Reporter.





