Misteri Kematian Lelaki Di Alor Gajah, 3 Rakan Berdepan Hukuman Mati

27 Sep 2023 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal bulan ini, polis menjumpai satu mayat di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka. Penemuan yang amat menyayat hati itu difahamkan ialah seorang lelaki berusia 24 tahun.

Mangsa yang dikenal pasti ialah R. Darvnrajh, mendiang sebelum ini didapati hilang selama berhari-hari sebelum dijumpai di kawasan tersebut.

Hari ini, tiga pemuda yang difahakam rakan kepada mangsa telah didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah, kesemua mereka berusia 25 tahun.

Tertuduh A.A Dinesh, R.C Veeraganeish dan V. Sasikumar yang masing-masing berusia 25 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana pertuduhan membunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan kesemua tertuduh didakwa mencapai niat bersama telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R. Darvnrajh.

Difahamkan, perkara itu dilakukan oleh mereka kira-kira jam 5.24 pagi hingga pukul 9 pagi di tepi jalan berdekatan kebun kelapa sawit Kemuning, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah pada 10 September 2023.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pemuda itu berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sebelum ini, misteri kehilangan mangsa yang tidak pulang ke rumahnya selama beberapa hari terungkai apabila mayatnya ditemui di dalam semak pada 16 September lalu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.