MITI Perjelas Isu BYD – Tiada Diskriminasi Atau Harga Minima RM200K Dikenakan

LocalCars
1 Apr 2026 • 11:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu ini BYD dilaporkan sedang menilai semula rancangan membuka kilang pemasangan kenderaan secara CKD di Tanjong Malim disebabkan oleh syarat yang dikenakan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Semalam pihak MITI mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan isu ini serta menafikan beberapa perkara yang dilaporkan menyebabkan BYD tawar hati.

image is not available

MITI menegaskan bahawa semua syarat yang dikenakan ke atas BYD adalah dasar umum yang terpakai kepada semua pelabur automotif baharu. Ia bukanlah diskriminasi terhadap syarikat tersebut. MITI menafikan laporan bahawa harga minimum RM200,000 ke atas kenderaan yang dihasilkan sebaliknya harga minimum sebenar ialah RM100,000 untuk model CKD.

Sementara itu jualan dalam negara dihadkan kepada maksimum 10,000 unit setahun, bersamaan 20% kapasiti pengeluaran kilang bagi memastikan pelaburan benar‑benar menyokong eksport. Dua syarat ini memastikan pemasangan tempatan memfokuskan pada segmen kenderaan nilai tinggi dan tidak menjejaskan pasaran syarikat nasional seperti Proton dan Perodua.