Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Cars
8 Jul 2026 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

image.png

Bagi segelintir pemandu, tiada apa yang lebih menenangkan selain dapat menanggalkan kasut sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Katanya, lebih "feel" dan seakan ada magis tersendiri apabila tapak kaki menyentuh terus pedal minyak dan brek.

Namun, dalam keseronokan memandu berkaki ayam itu, terselit juga rasa was-was di sudut hati: “Eh, betul ke kalau abang JPJ nampak, aku boleh kena saman?”

Ini adalah fakta sebenar supaya perjalanan balik kampung atau ke tempat kerja anda lepas ini lebih tenang tanpa overload tekaan.

image.png

Fakta Sebenar: Siapa Yang Boleh Kena Saman?image.png

Dakwaan bahawa semua pemandu boleh dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika memandu tanpa memakai kasut adalah TIDAK BENAR. Jangan panik dahulu. Peraturan ini sebenarnya mempunyai spesifikasi yang jelas:

Pemandu Kenderaan Komersial (WAJIB Pakai Kasut): Saman hanya akan dikenakan kepada pemandu kenderaan komersial seperti bas, lori, teksi, dan perkhidmatan e-hailing. Golongan ini tertakluk di bawah kod etika pemandu profesional demi keselamatan penumpang dan barang muatan.Pemandu Kereta Biasa / Persendirian (TIDAK Dikenakan Saman): Peraturan tersebut tidak terpakai kepada anda yang memandu kereta sendiri untuk urusan harian. Jadi, jika anda memandu kereta persendirian tanpa kasut, anda tidak menyalahi undang-undang jalan raya.Selesa Memang Selesa, Tapi Bagaimana Pula Dengan Keselamatan?

Walaupun undang-undang memberi kelonggaran kepada pemandu kenderaan persendirian, aspek keselamatan jalan raya tetap perlu diletakkan di tempat pertama.

Satu Pesanan Ikhlas: Selesa tidak semestinya selamat.

image.png

Bagi memastikan anda mempunyai kawalan yang optimum, para pakar keselamatan jalan raya amat menyarankan agar kita tetap memakai kasut yang sesuai ketika memandu. Kenapa?

Cengkaman yang Lebih Baik: Kasut yang mempunyai tapak getah yang baik memberikan cengkaman yang lebih kemas pada pedal minyak, brek, dan klac (untuk kereta manual).Risiko Kaki Tergelincir: Kulit tapak kaki manusia mudah berpeluh. Dalam situasi kecemasan di mana anda perlu menekan brek secara mengejut, tapak kaki yang basah atau berpeluh berisiko tinggi untuk tergelincir daripada pedalMengelakkan Kecederaan: Sekiranya berlaku kemalangan, memakai kasut dapat melindungi kaki anda daripada serpihan kaca atau besi tajam di bahagian bawah dashboard.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved