Mitra lancar Geran Uyarvu Madani sehingga RM50,000 bagi memperkasa usahawan India

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 5:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Mitra lancar Geran Uyarvu Madani sehingga RM50,000 bagi memperkasa usahawan India

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) melancarkan Program Geran Uyarvu Madani, iaitu inisiatif baharu yang menawarkan geran sehingga RM50,000 bagi memperkukuh keusahawanan masyarakat India dan menyokong pertumbuhan perniagaan di Malaysia.

Program itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 700 usahawan India di seluruh negara, sekali gus membolehkan mereka mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh di bawah kerangka Ekonomi Madani.

"Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing serta mampu mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti," katanya.

Image from: Mitra lancar Geran Uyarvu Madani sehingga RM50,000 bagi memperkasa usahawan India
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh di bawah kerangka Ekonomi Madani. - 29 Jun, 2026

Ramanan berkata, geran itu bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya merupakan mekanisme jangka panjang bagi membantu perniagaan berkembang secara mampan.

"Kerajaan mahu melihat lebih ramai usahawan India bukan sahaja memulakan perniagaan, tetapi turut mengembangkannya menjadi perusahaan yang berdaya tahan dan berdaya saing serta mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mitra, Raveendran Nair berkata, geran berkenaan dirangka bagi menyediakan sokongan yang disasarkan mengikut peringkat pembangunan perniagaan.

Program itu menawarkan tiga kategori pembiayaan, iaitu:

  • Mikro: Sehingga RM20,000
  • Pertumbuhan: Sehingga RM35,000
  • Tinggi: Sehingga RM50,000

"Program ini menawarkan tiga kategori pembiayaan yang bertujuan membantu perniagaan memperkukuh keupayaan operasi, meningkatkan produktiviti serta mempertingkatkan daya saing," katanya.

Permohonan bagi Program Geran Uyarvu Madani dibuka mulai 29 Jun hingga 13 Julai 2026, pada jam 5 petang.

Pemohon yang layak mestilah warganegara Malaysia berketurunan India, berumur antara 21 hingga 55 tahun serta memiliki perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi Mitra atau menghubungi talian bantuan di +603-8892 3438, +603-8886 6197, +603-8886 6013, +603-8871 1127 atau +603-8886 6221. - 29 Jun, 2026

The post Mitra lancar Geran Uyarvu Madani sehingga RM50,000 bagi memperkasa usahawan India appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved