

Nasib jenama automotif Jepun, Nissan, yang ibarat ‘nyawa di hujung tanduk’ selepas dikatakan hanya mampu bertahan selama 12-14 bulan sahaja bakal terjawab tidak lama lagi.
Minggu lalu, dilaporkan bahawa Nissan dan Honda telah mengadakan perbincangan penggabungan, dan kini diumumkan kedua-dua syarikat automotif gergasi Jepun itu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama, yang mana Mitsubishi juga mungkin akan turut serta.
Potensi Menjadi Gergasi Automotif Dunia


Sekiranya penggabungan ini berjaya direalisasikan, syarikat baharu itu dijangka akan ditubuhkan seawal 2026, dengan Honda bakal mengetuai pengurusan pada peringkat awal. Lebih menarik, penggabungan ini berpotensi menjadikan syarikat tersebut kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia, dengan nilai dianggarkan mencecah AS$50 bilion.
Strategi Untuk Kekal Kompetitif Di Peringkat Global

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat menyatakan tujuan utama penggabungan ini adalah untuk “mengekalkan daya saing global dan terus menawarkan produk serta perkhidmatan yang lebih menarik kepada pelanggan di seluruh dunia.”
Langkah ini dilihat sebagai respons terhadap tekanan daripada syarikat automotif China yang semakin berkembang pesat, terutamanya dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV).
Mitsubishi Masih 'Di Persimpangan'
Potensi Kerjasama
Syarikat baharu itu nanti dijangka akan ditubuhkan melalui pemindahan saham bersama, namun nisbah pegangan belum ditentukan, lapor Associated Press.

Walaupun ketiga-tiga jenama akan terus mengekalkan identiti masing-masing, mereka dijangka akan berkongsi teknologi platform dan trenkuasa.
Kerjasama itu nanti juga bakal menyaksikan Nissan, Honda dan Mitsubishi bergabung dalam usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran.
Kesan Terhadap Gabungan Kerjasama Renault-Nissan-Mitsubishi

Buat masa ini, masih tidak jelas bagaimana penggabungan dengan Honda akan mempengaruhi kerjasama sedia ada, Renault-Nissan-Mitsubishi. Laporan Nikkei Asia menyebut bahawa Renault akan mempertimbangkan “pelbagai pilihan berdasarkan kepentingan terbaiknya."
Perkukuh Kedudukan Jepun Dalam Industri Automotif



