Mitsubishi Triton Generasi Ke-3 Kini Boleh Ditempah – 5 Varian, Dari RM102K

LocalCars
1 Oct 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk trak Mitsubishi Triton generasi ketiga kini telah dibuka secara rasmi. Pelanggan boleh membuat tempahan di mana-mana cawangan pengedar sah di seluruh negara atau secara dalam talian.

Varian Triton Baharu Ditawarkan

MMM turut mendedahkan pilihan varian yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Menariknya, firma ini kembali menawarkan varian Single Cab (kabin tunggal) Triton ke pasaran tempatan, varian ini kali terakhir ditawarkan pada model Storm.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Secara keseluruhannya, lima varian akan ditawarkan dengan harga anggaran bermula daripada RM102,000 untuk Single Cab hingga RM170,000 untuk varian premium, Athlete.

Enjin Turbo Diesel 2.4 Liter untuk Semua Varian

Kesemua varian Triton generasi terbaru (kecuali Single Cab), menggunakan enjin turbo diesel dua peringkat (two-stage) 2.4 liter yang mampu menghasilkan 204 ps dan 470 Nm. Enjin ini digabungkan dengan sistem pacuan semua roda Super Select 4WD II yang kini mempunyai tujuh mod pemanduan.

image is not availableimage is not available

Varian Single Cab pula dikuasakan oleh enjin diesel 2.4 liter dengan output kuasa 184 ps dan 430 Nm. Selain itu, varian ini juga menampilkan ruang kargo besar dengan ukuran 2,340 mm panjang dan 1,580 mm lebar, menjadikannya yang terbesar dalam kelasnya.

Reka Bentuk dan Ciri Keselamatan yang Lebih Baik

Triton generasi ketiga ini turut menawarkan gaya rekaan yang lebih mantap, dengan saiz yang lebih besar, serta keselesaan seperti sebuah SUV. Dari segi keselamatan, Triton kali ini didatangkan dengan pakej keselamatan ADAS yang telah dipertingkat, termasuk ciri Kawalan Rewang Aktif (Active Yaw Control).

Promosi untuk Tempahan Terawal

image is not availableimage is not available

Sempena pembukaan tempahan Triton generasi ketiga ini, MMM mengadakan promosi “Drive Your Ambition Brand Festival”. Melalui promosi ini, 500 pelanggan pertama yang menempah Triton baharu secara dalam talian akan menerima kotak simpanan barangan boleh lipat berkapasiti 60 liter secara eksklusif.

Buat masa ini, MMM belum mendedahkan butiran lanjut mengenai Triton terbaru ini, namun pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam bulan ini.