Mitsubishi Xpander 2024 CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM100K

LocalCars
19 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), melancarkan secara rasminya MPV terbaharunya, Mitsubishi Xpander 2024 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

image is not available

Mitisubishi Xpander 2024 tujuh tempat duduk ini didatangkan dalam 2 varian:

Xpander Plus – RM109,980

Xpander – RM 99,980.

Apa yang cukup menarik ialah 500 pelanggan terawal yang menempah Mitsubishi Xpander 2024 akan menerima ganjaran Istimewa berupa sebuah beg Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan dengan rekaan yang cukup bergaya dan berada di satu tahap yang lebih tinggi.

Ia tampil dengan Dynamic Shield serta digandingkan dengan LED projektor yang lebih besar serta berbentuk-T.

image is not availableimage is not available

Bagi bahagian belakangnya, ia turut hadir dengan lampu belakang berbentuk-T yang sebenarnya membuatkan ia lebih menonjol.

image is not available

Mitsubishi Xpander ini didatangkan rim aloi bersaiz 17 inci dan hadir dengan kemasan dua tona warna.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman anda, MPV ini disumbat dengan enjin 1.5 liter MVEC petrol yang membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 105 PS dan tork 141 Nm.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian dalamannya, ia hadir dengan kemasan kulit sintetik dan sulaman benang pada bahagian perehat tangan dan panel pintu.

Selain itu, rekaan papan pemuka kali ini agak ringkas memandangkan susunan komponennya dilihat tidak begitu rumit.

Malah, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan material kulit, ada penghawa dingin di bahagian belakang, stereng jenis teleskopik.

image is not availableimage is not available

Antara kelengkapan lain ialah, terdapat kemasukan tanpa kunci, paparan pelbagai-info 4.2, empat port tiga soket 12V, ada kamera undur dan kamera 360-darjah.

image is not availableimage is not available

Antara ciri baharu yang terdapat pada MPV ini ialah kawalan suhu digital, paparan multimedia bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, hadir dengan sentuhan premium jenis lembut, pengecas tanpa wayar dan stereng sporty yang hadir dengan audio dan kawalan jelajah.

Bagi bahagian ruang simpanannya, ia menawarkan ruang penyimpanan pintar memandangkan ia hadir dengan perehat tangan yang dibaluti dengan kulit, manakala perehat tangan di barisan tempat kedua dilengkapi dengan dua pemegang cawan.

image is not availableimage is not available

Pendek kata, MPV ini sebenarnya menawarkan banyak ruang penyimpanan barangan dimana setiap pelusuk mempunyai ruang untuk menyimpan barang seperti kasut, telefon bimbit dan bermacam lagi.

Bagi ruang but pula, ia hadir dengan ruang seluas 495 liter dan mampu menjadi lebih luas kepada 837 liter jika kerusi belakangnya direbahkan.

image is not available

Dari segi dimensi, difahamkan ukurannya masih dikekalkan dimana panjangnya masih 4,475 mm, 1,750 mm (lebar), 1,730 mm tinggi dan jarak roda pula 2,775mm.

Menyentuh mengenai ciri keselamatan,anda jangan risau dengan ciri keselamatan kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan.

Ini kerana ia hadir dengan Brek Parking Elketronik, penahan brek, ABS, Isofix, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC) , Bantuan Daki Bukit dengan Kawalan Cengkaman (TC), Sistem Bantuan Brek (BAS) dan sistem isyarat berhenti kecemasan (ESS) dan dua beg udara dan banyak lagi.

image is not available

.Bagi yang berminat, ia hadir dengan warna merah metalik, diamond black mica, quartz white pearl, dan graphite gray (warna baharu).