Mitsubishi Xpander Facelift Dikesan Di Malaysia – Pelancaran Tidak Lama Lagi?

LocalCars
21 Aug 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya tidak lama lagi Mitsubishi Xpander Facelift akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Perkara ini dikuatkan lagi apabila beberapa unit MPV terbaru ini dilihat di jalan raya Malaysia.

Foto Xpander Facelift yang sedang diangkut di atas treler itu telah dikongsikan oleh salah seorang ahli kumpulan Facebook Mitsubishi Xpander Owners Club (MXOC), Putra Yahya Hashim. Unit-unit tersebut besar kemungkinan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke pusat-pusat pengedaran Mitsubishi tempatan.

Sentuhan Reka Bentuk Baharu

image is not available

Daripada gambar yang dikongsikan, dapat dilihat dengan jelas bahawa MPV tersebut merupakan Xpander versi facelift yang terkini. Ciri rekaan seperti bahagian hadapan 'Dynamic Shield' yang baharu, rim aloi turbin 17 inci, serta reka bentuk bampar belakang yang diperbaharui, semuanya dapat dilihat dengan jelas pada unit ini.

image is not availableimage is not available

Namun, jika dilihat secara terperinci, unit-unit ini tidak memiliki logo HEV pada bahagian belakang, menandakan kemungkinan besar MPV ini tidak akan diperkenalkan dalam versi hibrid untuk pasaran Malaysia, berbeza dengan beberapa pasaran ASEAN lain. Selain itu, varian lebih ranggi, Cross, yang turut ditawarkan di negara seperti Indonesia juga tidak kelihatan.

Kabin Terkini

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Model facelift yang dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2022 di Indonesia ini tampil segar dengan susunan papan pemuka (dashboard) baharu yang kini menampilkan skrin infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, panel kawalan pendingin hawa digital, brek parkir elektronik, stereng tiga jejari baharu dan banyak lagi.

Trenkuasa yang Diperbaik

Untuk varian bukan hibrid, Xpander Facelift masih menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder MIVEC dengan kuasa 105 ps dan tork 141 Nm, namun kini dilengkapi dengan sistem EGR ekzos yang terkini untuk penjimatan bahan api yang lebih baik. Selain itu, Xpander Facelift juga menerima transmisi automatik CVT, menggantikan unit 4AT pada model sebelumnya.

Pelancaran di Malaysia

image is not available

Buat masa ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) masih menawarkan model Xpander Pra-Facelift pada harga RM100,980, atas jalan. Memandangkan Xpander merupakan model paling laris bagi MMM selama beberapa tahun berturut-turut, mungkin sudah tiba masanya untuk pengeluar ini memperkenalkan model facelift ke pasaran tempatan.