MIUI Kini Mempunyai 600 Juta Pengguna

TechnologyDigital
25 May 2023 • 10:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MIUI ialah pelancar yang digunakan pada peranti Xiaomi dengan ia berasaskan Android. Xiaomi kini mengumumkan ia kini mempunyai 600 juta pengguna sejak dilancarkan pada tahun 2010. Secara keseluruhan MIUI digunakan di 180 negara di seluruh dunia setakat ini.

image is not available

Masa yang diambil untuk menggandakan jumlah pengguna juga agak mengagumkan. Ia mengambil masa 5 tahun untuk mencecah 100 juta dan hanya mencecah 300 juta pada tahun 2019. Dengan peranti mereka dipasarkan ke lebih banyak negara, angka ini akan meningkat.

Sungguhpun begitu Xiaomi kini berhadapan dengan pengurangan jualan yang paling serius jika dibandingkan dengan empat pesaing terhampir mereka. Pada suku lalu kerugian berjaya dikurangkan dengan syarikat kehilangan pelanggan.