Mizz Nina Kongsi Momen Mesra Bersama Suami, Raih Perhatian Netizen

Entertainment
27 Jun 2023 • 1:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mizz nina

Baru-baru ini, usahawan dan aktivis kemanusian, Mizz Nina telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya, Essam Muhammad.

Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina binti Azman berkongsi beberapa momen mesra menjalani bulan madu bersama suami tercinta di sekitar Rotterdam, Netherlands.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Mizz Nina dilihat menaiki motosikal sambil bersiar-siar bersama suami di sekitar kawasan berkenaan.

Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen berkata pasangan ini mempunyai wajah yang seiras, lebih-lebih lagi dari senyuman manis mereka.

image is not available

image is not available

Malah, ada juga warga netizen mengatakan Mizz Nina tampak lebih bahagia dengan rumah tangga baharunya bersama penyanyi rap, Essam berbanding dengan bekas suaminya,Noh Salleh.

image is not available

image is not available

Tambahan, warga netizen turut memuji pasangan ini menjalani kehidupan yang sederhana walaupun masing-masing anak kepada orang berada.

Sedikit info, Mizz Nina dan bekas suaminya, Noh Salleh mengumumkan sudah bercerai talak satu pada Ogos 2022 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.