
MKA Group mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi menghasilkan pemegang grip motosikal rekaan Malaysia pertama yang digunakan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
Pengiktirafan itu diberikan menerusi penggunaan RCB Nagamaki Handle Grip oleh pelumba dalam kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3, sekali gus membuktikan prestasi serta kebolehpercayaannya di pentas perlumbaan paling berprestij dunia.
Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) MKA Group sejak 2020, RCB Nagamaki Handle Grip diinspirasikan daripada pemegang pedang katana Jepun dan direka untuk meningkatkan keselesaan, kestabilan serta kawalan penunggang, selain membantu mengurangkan getaran dan keletihan tangan ketika menunggang.
Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee, berkata pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa inovasi dan kejuruteraan tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia dalam industri automotif berprestasi tinggi.
Majlis penerimaan pengiktirafan Malaysia Book of Records diwakili oleh Marcus Leong (RCB Brand General Manager) dan Amir Azizi (RCB Brand Manager), serta disampaikan oleh Mr. Jwan Heah (Chief Operating Officer, Malaysia Book of Records) bersama Aaron Bong (Malaysia Book of Records Representative).
Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan RCB sebagai jenama Malaysia yang semakin menyerlah dalam arena perlumbaan antarabangsa dan pasaran alat ganti prestasi global.













The post MKA Group Diiktiraf Malaysia Book of Records Menerusi RCB Nagamaki Handle Grip appeared first on TW Media.




