MKBHD Menamatkan Aplikasi Muat-Turun Gambar Latar, Panels

TechnologyDigital
2 Dec 2025 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selang lebih setahun sejak pelancaran aplikasi Panels, kini MKBHD mengumumkan akan menamatkan aplikasi muat-turun gambar latar yang diperkenalkan beliau pada tahun lepas. Aplikasi bernama Panels ini akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2025 ini.

Panels sebelum ini telah dilancarkan pada September 2024, tetapi dikritik ramai disebabkan harga langganannya yang tinggi, hanya untuk memuat-turun gambar latar. Ketika pengenalan, ia ditawarkan pada harga RM61 sebulan, tetapi kemudian selang sebulan, ia dikemaskini kepada RM8.99 sebulan.

image is not available

Walaubagaimanapun, kini aplikasi berkenaan ditamatkan. MKBHD mengatakan mereka gagal untuk membangunkannya seperti mana yang dimimpikan, membuatkan mereka memilih untuk menamatkan sepenuhnya. Bergerak kehadapan, kod pembangunan aplikasi tersebut akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka menjelang 4 Januari 2026, membolehkan sesiapa yang berminat membangunkan ia diatasnya.

Semua data pengguna juga akan dipadam sepenuhnya menjelang tarikh berkenaan. MKBHD memaklumkan semua gambar yang sedia dimuat-turun boleh disimpan pengguna untuk selamanya.