MKI tegaskan umat Islam haram sertai ritual agama lain termasuk main muzik

LocalPolitics
15 May 2025 • 7:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau MKI tegaskan umat Islam adalah haram untuk menyertai sebarang bentuk ritual atau perayaan keagamaan agama lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Perkara ini termasuk memainkan alat muzik seperti kompang yang digunakan dalam upacara tersebut.

image is not available

Pengerusi MKI tegaskan penyertaan tersebut boleh gugat akidah

Menerusi kenyataan rasmi MKI, Pengerusinya, Datuk Dr. Nooh Gadot menjelaskan penyertaan seumpama itu boleh menggugat akidah, merosakkan prinsip tauhid, dan membuka ruang kepada pemikiran liberal yang bercanggah dengan syariat.

“Meskipun Islam menggalakkan toleransi dan menghormati penganut agama lain dalam urusan keduniaan, umat Islam dilarang untuk terlibat dalam ritual atau upacara keagamaan agama lain yang bertentangan dengan akidah Islam,” katanya.

Pengerusi MKI tegaskan umat Islam perlu elak perkara ada unsur syirik

Tambah beliau, walaupun sesuatu itu kelihatan seperti budaya, jika ia sebahagian daripada ibadat agama lain, ia tidak lagi neutral dari segi hukum.

“Justeru, paluan kompang dalam majlis pemujaan berhala bukanlah lagi sekadar budaya, tetapi perbuatan yang perlu dielakkan kerana boleh ditafsir sebagai sokongan kepada unsur syirik,” ujarnya lagi.

image is not available

Tapi MKI tegaskan umat Islam hadir majlis bukan Islam tanpa ritual dibenarkan

Namun begitu, beliau turut menjelaskan bahawa menghadiri majlis bukan Islam tanpa ritual keagamaan seperti rumah terbuka atau makan malam perayaan adalah dibenarkan, dengan syarat jamuan halal dan tiada hiburan dilarang syarak.

“Saya ingin menegaskan bahawa menjaga akidah adalah tanggungjawab setiap Muslim dan umat Islam hendaklah menjauhi sebarang bentuk penyertaan dalam ritual keagamaan agama lain, walaupun atas alasan budaya atau simbolik,”

image is not available

Orang ramai disaran merujuk panduan yang dikeluarkan Jakim dan pihak berkuasa agama negeri bagi mengelakkan kekeliruan, khususnya dalam konteks masyarakat majmuk.