Tak Tahu Pewaris Wakaf Jual Tanah, Pengurusan Perlu RM1.8 juta Untuk Selamatkan Masjid Jamek Al-Ridzuan

LocalPolitics
7 May 2025 • 3:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai umat Islam, kita perlulah cakna mengenai isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan agama tidak kira di Malaysia mahupun luar negara.

Seperti ketika ini, sebuah masjid yang terletak di Bagan Serai, Perak memerlukan sebanyak RM1.8 juta bagi menyelamatkan rumah ibadah itu yang dibina atas tanaf wakaf.

“Aik tanah wakaf tapi perlukan duit?” Mesti ramai yang tertanya kenapa macam itu bukan?

Tanah berkenaan sebenarnya bukan lagi dikira wakaf memandangkan sebahagian tanah telahpun dijual dan kini dimiliki oleh seorang individu bukan Islam kira-kira 12 tahun yang lalu.

Mari kami kongsikan kisahnya…

Waris pewakaf jual tanah pengetahuan masjid

Kemelut mengenai Masjid Jamek Al-Ridzuan yang terletak di Alor Pongsu ini bermula apabila tanah berkeluasan 0.61 hektar yang menempatkan rumah ibadah umat Islam itu dijual oleh waris pewakaf tanpa pengetahuan pihak masjid.

Pengerusi Masjid, Yusuf Majid berkata, lot tanah berkenaan menempatkan struktur penting masjid termasuk dewan Muslimah, tandas wanita serta lebih 30 pusara.

Pihak masjid hanya menyedari perubahan hak milik tanah itu sekitar tahun 2015 lalu ketika proses pengukuran semula kawasan tanah perkuburan bagi membina pagar di kawasan terbabit, lapor Harian Metro.

Lebih mengejutkan, pembeli tidak dimaklumkan yang tapak tanah tersebut terdapat binaan rumah ibadat.

image is not available
Foto: Facebook/Hanif Teridi

“Pengurusan masjid terkejut apabila mendapati tanah itu berpindah milik kepada individu bukan Islam dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tanah itu kemudian turut dijual pula kepada individu bukan Islam yang kini menetap di Kuala Lumpur.

“Pemilik baru langsung tidak dimaklumkan tanah dibeli mempunyai struktur berkaitan rumah ibadat dan tanah perkuburan islam,” katanya dipetik Harian Metro.

Pemilik tanah akhirnya setuju jual tanah setelah beberapa kali rundingan

Menurutnya, pemilik tanah itu bagaimanapun menawarkan dua pilihan sama ada membeli semula tanah terbabit atau merobohkan semua struktur dibina di dalam tanah miliknya itu.

 “Selepas beberapa kali rundingan dilakukan, pemilik tanah itu bersetuju menurunkan harga kepada RM1.8 juta.

“Justeru kami memohon sedikit masa untuk mengumpul dana diperlukan,” katanya lagi.

Usaha selamat masjid sedang giat dijalankan

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) turut mengeluarkan pekeliling supaya semua masjid dan surau mengadakan kutipan Tabung Khas ‘Selamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu’ pada 9 dan 16 Mei ini.

image is not available

Pihak pengurusan masjid juga mengambil inisiatif tersendiri seperti membuat hebahan kepada ahli kariah dan masyarakat sekitar supaya dapat bersama-sama menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan masjid berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan juga boleh berbuat demikian menerusi:

Akaun Bank Islam: Masjid Jamek Al-Ridzuan Alor Pongsu
Nombor akaun: 08077010014368.

Difahamkan, jumlah sumbangan yang dikutip akan diumumkan secara terbuka dari masa ke semasa sebagai langkah ketelusan.

Source: