MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

LocalPolitics
17 Nov 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya ada tahun hadapan.

Langkah itu diambil bagi membolehkan Sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dilaksanakan oleh syarikat konsesi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata tiga akta berkenaan ialah Akta Jalan Persekutuan, Akta Pengangkutan Jalan serta Akta Lebuhraya Malaysia.

Antara pindaan yang dibuat adalah mengenai kesalahan tidak membayar tol selepas MLFF dilaksanakan kelak.

"Bila palang tol sudah tiada, akhirnya nanti ada isu membabitkan pengguna yang tidak membayar tol dan sebagainya.

"Selain itu pindaan itu juga meliputi penguatkuasaan dan di bawah jabatan mana dan kita fikirkan berkemungkinan penguatkuasaan akan diletakkan di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai perkembangan terkini pelaksanaan MLFF di lebuh raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved