MLS terpaksa ‘sisih’ Lionel Messi

FootballSports
26 Jul 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MLS terpaksa ‘sisih’ Lionel Messi

LOS ANGELES – Kapten Inter Miami, Lionel Messi diberikan pelepasan khas daripada beraksi pada perlawanan All-Star Liga Amerika Syarikat (MLS) Rabu depan selepas mengharungi kempen Piala Dunia 2026 bersama Argentina.

MLS dalam satu kenyataan mengesahkan Messi dan rakan senegaranya, Rodrigo De Paul, dikecualikan daripada aksi tahunan itu bagi membolehkan mereka berehat sebelum kembali menyertai saingan MLS.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan persetujuan antara MLS dan Kesatuan Pemain MLS sebelum musim 2026 bermula untuk memberi kelonggaran kepada pemain yang beraksi hingga ke final Piala Dunia.

“Sebaik sahaja pemain menamatkan kempen Piala Dunia, kelab masing-masing akan berbincang dengan mereka untuk menentukan tempoh rehat serta jadual kembali menjalani latihan dan pertandingan.

“Selaras dengan perjanjian itu, De Paul dan Messi dikecualikan daripada menyertai perlawanan All-Star MLS 2026,” kata kenyataan tersebut.

Pengecualian kali ini bakal memberi kelegaan buat Messi selepas menarik diri bersama bekas rakan sepasukannya di Inter Miami, Jordi Alba pada aksi All-Star tahun lalu.

Tanpa kelibat Messi kali ini, tumpuan dijangka terarah kepada beberapa nama besar lain seperti Son Heung-min dari Los Angeles FC dan Thomas Muller (Vancouver Whitecaps) untuk menentang pilihan Liga Mexico di Charlotte, North Carolina nanti. 

Messi sebelum ini gagal membantu Argentina pertahankan trofi Piala Dunia selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol di pentas final, minggu lalu. – AGENSI

The post MLS terpaksa ‘sisih’ Lionel Messi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved