MLS4: Pernah Di Fasa Kejatuhan, Sorakan Penonton Bagi Semangat Kepada Zuara - “Minggu Lepas Memang Kami Rasa…”

1 Nov 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Buat pertama kali setelah enam minggu di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Zuara akhirnya berjaya memenangi ‘Gempak Superstar of The Week’ pada Ahad lalu.

Bangkit semula

Terselamat dari tersingkir minggu kelima, Zulin meluahkan rasa seronok dapat membuat persembahan bersama pengacara Sherry Al Hadad yang muncul sebagai artis jemputan untuk kumpulannya.

 

“Saya sebenarnya gembira dapat buat persembahan dengan kawan baik saya. Sebenarnya dah lama, dah rindu. Kami nampak sorakan dan ia menjadi sokongan untuk kami.

 

“Alhamdulilah, apa yang kita rancang pun menjadilah. Minggu lepas memang kami rasa ‘down’ betul,” kata Zulin kepada Gempak.

Hampir tersingkir

Dalam pada itu, Nizam Jentik-Jentik turut mengakui minggu mereka hampir tersingkir itu merupakan momen kejatuhan kumpulan Zuara.

 

“Alhamdulillah, bila kami jatuh ke fasa hampir tersingkir… sebenarnya kami rasa itu momen kejatuhan. Tapi bila beri peluang kami rasa itu yang perlu kami ambil dan gunakan sehabis baik… inilah hasilnya,” katanya.

 

Pada Ahad lalu, kumpulan Bravo yang mendapat markah paling rendah tersingkir manakala kumpulan Zuara yang dianggotai oleh Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan pula berjaya dapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’.

 

Untuk minggu keenam, juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan penyanyi Datuk Awie yang hadir sebagai juri jemputan manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

 

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

 

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.