MMT Junior rangkul kejuaraan B-11 Pekan Cup

7 Feb 2023 • 2:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan Keningau MMT Junior merangkul kejuaraan Bawah-11 tahun pada kejohanan bola sepak Pekan Cup yang berlangsung di Kompleks Sukan Labuan pada Ahad lalu.

Pasukan pedalaman itu menewaskan Tabs 2-0 di final untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan anjuran Pekan FC itu, yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di pulau berkenaan.

Mereka sebelum itu menduduki tempat kedua di peringkat kumpulan dengan seri dalam dua aksi pembukaan diikuti dua kemenangan sebelum menewaskan pasukan Bawah-10 Labuan 3-1 dalam kelompok empat terakhir untuk menempah tempat ke final.

Tempat ketiga kategori Bawah-11 dimenangi oleh pasukan Malawa dengan pasukan Bawah-10 Labuan di tempat keempat.

Sementara itu, pasukan Bawah-9 MMT Junior juga menunjukkan prestasi yang baik dalam kategori kumpulan umur mereka dengan menewaskan Miruru FC 3-1 dalam perlawanan play-off untuk menduduki tempat ketiga selepas tewas 0-1 kepada pasukan Tabs Bawah-9, di semi final.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article